Salam & welcome everyone

This blog is the expression of my passion in blog comping (contests, giveaways, lucky draws) esp in year 2010 and early 2011 when I was abroad/on study leave.

Currently, due to time constraint, this blog is somehow dormant as I'm now diverting my enthusiastic & obsession towards offline contests :)

Kindly visit my other blog :
Miles of Smiles .

and do feel free to email me at:
suzie284@yahoo.com

Thanks!

Pages

Saturday 19 February 2011

1st GA - I Lurve My Mum So Much..


me joining the above contest, due 25 feb

to join, click HERE!

here is my entry..tq for reading..

"Bergelar isteri pada usia yang sangat muda iaitu 15 tahun, ibu saya, Hajjah Karimah Yusof ,dikurniakan cahaya mata pertama ketika usianya baru mencecah 18 tahun. Walaupun hanya berbekalkan pendidikan setakat darjah enam di sekolah Melayu, ditambahi lagi dalam usia yang begitu muda, beliau bijak menyusun, menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak di samping sokongan suami tercinta hingga semua anaknya berjaya melangkah ke menara gading dan menjawat jawatan yang disegani di agensi kerajaan dan swasta.

            Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, pemergian ibu kandung ke rahmatullah ketika ibu baru berusia 10 tahun adalah salah satu penyebab pihak keluarga mengambil keputusan untuk mengahwinkan ibu dengan pilihan kelurga, Haji Ismail Awang Besar. Bahtera rumahtangga Ibu dan suami tercinta telah diserikan dengan kehadiran 7 orang cahaya mata pengikat kasih dan 13 orang cucu pengerat cinta. Ibu adalah ‘role model’ saya yang tiada bandingnya sepanjang zaman kerana ibu adalah tukang masak yang hebat, tukang jahit yang berbakat, ‘hair dresser’ rasmi untuk anak-anak perempuannya, teman baik merangkap pakar motivasi untuk semua anaknya.

            Ibu menyusukan sepenuhnya setiap anaknya dengan susu badan sehingga kami semua berusia 2 tahun malah dia tidak pernah segan menyuapkan nasi ke mulut anak-anaknya walaupun kami semua sudah mula bersekolah di sekolah rendah, semata-mata untuk memberi berkat daripada tangan ibu. Kini semua anaknya cemerlang dalam hidup dengan kerjaya yang membanggakan. 2 org doctor perubatan, seorang doctor gigi, dua orang pensyarah (bakal doktor falsafah), seorang jurutera petroleum dan seorang guru.

            Sememangnya ibu sangat menitikberatkan keseimbangan pembelajaran duniawi dan ukhrawi. Bahkan, ibu yang mempunyai suara dan bakat sebagai seorang qari’ah yang hebat telah mengajar sehingga khatam ketujuh-tujuh orang anaknya mengaji al-Quran. Sehingga kini, ibu adalah teman baik anak-anaknya kerana kami semua tanpa ragu-ragu pasti berkongsi apa-apa jua masalah dan rahsia dengan ibu.  

         Antara kenangan paling indah yang kami semua banggakan dan syukuri ialah Ibu telah mendapat tempat kedua semasa Anugerah Penghargaan buat Ibu Karangkraf Tahun 2007 (saya yang beria-ia mencalonkan Ibu). Majlis yang meriah itu dihadiri oleh kami seisi keluarga sebagai meraikan hari teristimewa untuk Ibu, org paling penting dalam hidup kami (kami siap pakai warna merah satu famili sebab merah adalah warna kegemaran Ibu). The best part, hadiahnya yg dimenangi agak banyak (cash, few hampers, voucher spa, percutian, pearl bracelet etc) ->> kami semua sama-sama share hadiahnyer– tp cashprize  of course utk Ibulah ;p

            Kini ibu berusia 68 tahun. Ibu selalu meluahkan perasaan syukur dan bangganya dengan saya, selaku salah seorang anak perempuan yang paling rapat dengan ibu, bahawa kami semua telah memenuhi, mencapai impian dan aspirasinya, kerana ibu tidak berpeluang belajar dan mempunyai kareer yang hebat macam kami. Yang pastinya, ibu tetap hebat di mata saya kerana saya tidak mungkin dapat menjadi seorang wanita sehebat ibu dalam mendidik anak-anak. 

....episod kesedihan dlm hidup ibu bila suami tercinta--Ayah kami semua pergi buat selama2nya....kini..telah hampir dua tahun Ayah pergi mengadap Ilahi, Ibu tetap tabah..Ku tak mungkin jadi ibu sehebatmu, Ibu..
Ibu... Kaulah sumber inspirasiku sepanjang zaman..terima kasih  atas segala pengorbananmu--yg tidak mungkin dpt kubalas dgn wang berjuta--setiap titis air susumu yg kini mengalir dlm darahku, setiap lafaz doamu utk kejayaan dl hidupku...terima kasih kerana melahirkan ku ke dunia ini, kerana memberi 101% kasih sayang tulus ikhlas....ku yakin kasih mu  ibu pastinya mekar mewangi hingga ke hujung nyawa, sampai ke syurga yg kekal abadi..
Saya ingin sekali membahagiakan ibu dengan menyampaikan hasrat ibu dan arwah ayah (ayah meninggal dunia tahun 2009 june 15th) untuk menunaikan umrah – ibu, saya dan 3 orang adik-adik saya. Insya Allah, moga dimurahkan rezeki..Amiin..

Saya selalu berpegang pada bisikan keramat ibu: 
“Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu melainkan melihat kebahagiaan anak-anaknya”. "
Ni pic kenangan terindah masa hari anugerah penghargaan buat ibu karangkraf 2007

me tag :
all followers of this blog ;)


2 comments:

nba-Nur said...

Sangat tersentuh dengan entri ni.. Kegigihan dan kesabaran seorang ibu demi untuk melihat anak2nya berjaya..

amiera said...

sedih bace entry nie tp tahan air mate tkut opismate nmpak maluuu...(^_^) Alhamdulillah, doa mak utk anak2x die sntiase makbulkan...pape gd luck utk akk...(^_^) thanks jgak join 1st GA miera..

 
Updated by SyamilaMohd