Salam & welcome everyone

This blog is the expression of my passion in blog comping (contests, giveaways, lucky draws) esp in year 2010 and early 2011 when I was abroad/on study leave.

Currently, due to time constraint, this blog is somehow dormant as I'm now diverting my enthusiastic & obsession towards offline contests :)

Kindly visit my other blog :
Miles of Smiles .

and do feel free to email me at:
suzie284@yahoo.com

Thanks!

Pages

Friday 3 August 2012

Kenangan Indah Berhari Raya Bersama Yumie Lufya

..
KENANGAN adalah memori, memori adalah nostalgia.
INDAH tu apa yer...INDAH adalah yg manis-manis, yang terpahat utuh dlm ingatan sanubari..

dh 10 bulan pun blog contest ni 'dormant', tiba2 tghari 15 ramadhan ni, ternampak posting my BFFs ie ayu rafikah & mira--psl entry kenangan terindah berhari raya bersama Yumie Lufya..

semua org ada kenangan indah masing2 kan..cuma ekspresi  berbeza..

bagi me, kenangan indah adalah raya tahun 2008 dan tahun2 sebelumnya..indahnya raya bersama kedua ayahanda dan bonda selama  32 tahun saya bergelar 'anak' kepada Hj Ismail Awang Besar dan Hajjah Karimah Yusof...dan setiap tahun dari 1977 hinggalah 2008, saya rasa sangat sempurna, dapat mencium tangan kedua-keduanya di pagi raya...betapa saya selalu mengatakan sayalah orang yang paling bertuah di dunia kerana mempunyai kedua ibu bapa yg sgt menyayangi saya (saya juga sgt sempurna kerana saya juga mempunyai kakak, abg, adik perempuan, adik lelaki--sempurna bukan?)

tapi kenangan indah hari raya saya berakhir pada hari raya tahun 2008, kerana pada tahun 2009, saya sudah kehilangan satu-satunya lelaki teragung dalam hidup saya (pastinya suami saya juga saya kagumi tapi saya baru 8 tahun hidup bersamanya)..

setiap tahun kami sekeluarga meneruskan tradisi bergambar beramai2..dan arwah ayah sgt sporting bab2 bergambar esp bila jenuh nak kumpul semua org utk bergambar beramai2 ni, belek punya belek, rupanya sangatlah sedikit gambar saya dan arwah ayah yg mana kami posing berdua di hari raya--betapa saya menyesal tidak merakamkan saat2 manis sebanyak mungkin dari lensa camera, tapi ia tetap abadi di kotak minda saya, bahkan sentiasa bermain2 dan berputar2 kembali segala kenangan di saat2 terakhir arwah ayah sakit, koma dan pergi buat selama-lamanya kerana saya baru habis pantang semasa ayah dijemput Ilahi..

inilah gambar kenangan saya yang TERINDAH berhari raya bersama lelaki yang akan saya kasihi sepenuh hati saya hingga nafas saya yang terakhir di dunia ini...ramai org kata rupa saya sgt seiras dgn ayah, dan saya mewarisi kulit sawo matang gelap dan kebijakan ayah dlm bidang akademik

ni satu2nya pic kenangan terindah saya dan arwah ayah posing berdua semasa pagi hari raya thn 2006--kebetulan pula baju raya kami sedondon..INDAH bukan...

kenangan tetap kenangan dan ia tetap INDAH sampai bila2....hanya yg merasai akan memahami apa erti INDAH dan juga apa erti kehilangan dan perpisahan abadi..
utk arwah ayah di alam sana...sesungguhnya Allah amat sayang dan kasih kan ayah...semoga ayah ditempatkan dan berbahagia di tmn syurga....anakmu ini redha dgn pemergian mu wpun air mata sentiasa menjadi teman setia di saat rindu memuncak tak tertanggung... hanya setulus doa mampu diutus, moga Allah sentiasa merahmati ayah..dan melipat ganda kan pahala ibadat dan kebajikan ayah...dan semuga alam kubur ayah adalah seindah taman2 di syurga nan abadi..maaf kan anakmu atas segala khilaf kerana anakmu itu sgt byk kelemahan...tunggukan anakmu ini di alam sana kerana kita pasti disatukan jua di sana bila tiba masa dan ketentuanNya...al fatihah."

ni pic pusara arwah ayah

entry di atas dedikasi istimewa utk teman comper yg baru saya kenali yg sungguh baik budi (pujian ikhlas setulus hati)
terima kasih kerana menganjurkan contest yg indah dgn hadiah yg cukup indah, yg membolehkan saya menyingkap sekejap kenangan terindah hari raya saya bersama insan yg saya sayangi...

note to yumie: mcm tak sempat nak tag sbb dh last minit join and dh lost contact/track dgn kwn2 yg aktif blog contest...


 
 
Updated by SyamilaMohd