Salam & welcome everyone

This blog is the expression of my passion in blog comping (contests, giveaways, lucky draws) esp in year 2010 and early 2011 when I was abroad/on study leave.

Currently, due to time constraint, this blog is somehow dormant as I'm now diverting my enthusiastic & obsession towards offline contests :)

Kindly visit my other blog :
Miles of Smiles .

and do feel free to email me at:
suzie284@yahoo.com

Thanks!

Pages

Sunday 12 December 2010

SuaraPeople[dot]com sangat Gempak

Contest Anda Tulis,Anda Menang


“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org
saya ingin mencuba nasib dgn menyertai Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org mana tahu kalau ada rezeki saya dengan suarapeople..gempak tu!!!

Ada apa dengan "Cinta Sejati"

bagi saya, cinta sejati bermaksud -- saling mencintai hingga hujung nyawa..


Saya menyaksikan cinta sejati dari kehidupan Emak dan arwah Ayah ...bagaimana mereka saling mencintai selama lebih setengah dekad (52 tahun ) hidup bersama sebagai pasangan suami isteri...bagaimana Emak mencintai Ayah hingga ke nafas Ayah yang terakhir...Ayah pergi mengadap Ilahi, pergi tak kembali ..pada 15 Jun 2009, ketika itu saya baru sahaja selepas habis cuti berpantang di kampung, di rumah Ayah dan Emak..saya berpantang selepas melahirkan anak yang kedua (Ariff dilahirkan pada 15 April 2009)

Arwah Ayah adalah seorgang yang tegas, mementingkan kesempurnaan ("perfectionist") dan kadang-kadang mudah naik angin, tapi garang Ayah setakat berleter, tak pernah pula Ayah naik tangan terhadap saya atau adik-beradik yg lain (saya anak ke-empat dari 7 beradik), jauh sekali nak angkat tangan untuk pukul Emak, tapi setiap kali marah, memang siaplah mulut Ayah berleter berbakul-bakul..

Ayah dan Emak berkahwin pada 22 Disember 1957 iaitu tahun kemerdekaan negara Malaysia.. ketika itu, Ayah berusia 18 tahun dan Emak baru mencecah usia 15 tahun..orang dulu-dulu kan kahwin awal, dan kebetulan Ayah dan Emak adalah anak yatim, jadi keluarga yang menjaga Ayah dan Emak bersepakat untuk mengahwinkan Emak dan Ayah agar dapat memulakan keluarga dan kehidupan sendiri, pada usia yang sangat muda..jadi memang tak ada istilah 'cintan-cintun' sebab jodoh adalah pilihan keluarga...cinta..merangkap cinta sejati  bermula selepas ikatan yang sah nan suci...dan ianya berlangsung selama 52 tahun (Disember 1957 - Jun 2009). Selepas majlis perkahwinan, Ayah membawa Emak berhijrah ke Singapura kerana Ayah dapat peluang pekerjaan kat sana, jadi  kakak saya yang kedua dilahirkan di Singapura...ketika membuat keputusan mengikut Ayah ke Singapura, Emak membuat pengorbanan--Emak melepaskan jawatan beliau sebagai seorang Ustazah kat sekolah rendah...itulah salah satu ciri-ciri cinta sejati..pengorbanan untuk suami tercinta.... ni gambar kawin Emak dan Ayah --22 Disember 1957--satu-satunya gambar yang ada dalam simpanan Emak...


Sepanjang pengetahuan saya, Ayah tak pernah mengucapkan "I love you" atau "Saya cintakan awak" kepada Emak sepanjang mereka hidup bersama, sebab Ayah adalah jenis yang garang dan tegas kan..jadi memang jangan haraplah nak dengar ucap perkataan sebegitu, macam pasangan moden hari ni..tapi sesungguhnya saya percaya dan saya sendiri telah menyaksikan, perbuatan lebih bermakna dari kata-kata ("action speaks louder than words'")

Arwah Ayah, walaupun garang, tapi tak pernah berkira bab-bab perbelanjaan, kewangan atau hal-hal duit, jadi Emak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menguruskan kewangan keluarga. Ayah memang menyerahkan bulat-bulat seluruh gajinya tiap-tiap bulan untuk digunakan dan juga disimpan oleh Emak, jadi kalau Emak nak beli apa-apa, Ayah akan bagi 'lampu hijau' ajer..lebih-lebih lagi barang-barang kegemaran Emak, contohnya baju, pakainan, barang kemas (emas) dan juga pokok bunga...

Emak mempunyai hobi dan sangat berbakat menanam pelbagai jenis bunga..kadang-kadang, Ayah membuat kejutan dengan membelikan hadiah pokok bunga untuk Emak..memang rumah kami kat kampung ada taman bunga yang agak luas, sangat cantik dan penuh dengan bermacam-macam pokok bunga, sebab Emak suka menghabiskan masa membelai pokok bunga selepas anak-anak dah besar panjang dan masing-masing dah ada rumah dan kehidupan sendiri kan...


Emak pernah juga meluahkan kepada saya, selaku anak yang sangat rapat dengan Emak, kata Emak, kadang-kadang geram dan rasa nak marah dengan sikap baran Ayah..tapi, ada satu hari tu, Emak kata, sejuk dan cair hati Emak...
begini ceritanya...ada satu pagi tu, Emak rasa malas nak masak untuk sarapan pagi, kebetulan pulak Ayah tergesa-gesa nak keluar untuk siapkan urusan, jadi Ayah tak sarapan kat rumah, jadi Emak kata, tak perlah, dia tak makan sarapan lah kiranya...Ayah bebel-bebel sebelum keluar rumah...
lepas beberapa minit, Ayah singgah balik kejap, sebab nak hantar sebungkus nasi (tapau) untuk Emak, sebab takut Emak lapar pulak tak makan sarapan kan...so bila Emak cerita pada saya, Emak kata Ayah memang sangat ambil berat (concerned) walaupun garang..dan walaupun dia nak cepat-cepat pada hari tu, tapi sanggup keluar pergi beli nasi dulu sebelum bertolak ke tempat mesyuarat, takut-takut Emak lapar ke apa kan ...

Saya masih ingat --macam baru semalam peristiwa, kenangan tu berlaku--ketika Emak menang tempat kedua untuk anugerah penghargaan buat ibu karangkaraf( saya yang mencalonkan Emak) pada tahun 2007...Ayah sangat-sangat teruja dan sibuk suruh saya mencalonkan Emak untuk anugerah Ibu Mithali peringkat kebangsaan..nampak sangat jelas betapa Ayah sangat mencintai Emak, berbangga dan menghargai Emak sebagai seorang isteri dan ibu kepada 7 orang zuriat keturunan Ayah...walaupun Ayah tak pernah cakap "I love You" kat Emak..

Gambar kenanngan diambil semasa anugerah penghargaan buat ibu anjuran karangkraf
Kami semua tujuh beradik, kalau Ayah tak sihat atau hilang selera makan, akan sibuk telefon Ayah dan tanya Ayah nak makan apa, kami nak belikan dan belanja makan..Ayah akan jawab, tak payah beli untuk Ayah, beli ajer untuk Emak...tersentuh hati kami bila dengar Ayah cakap macam tu...betapa Ayah sangat-sangat mencintai, ambil berat pasal Emak..walaupun ketika dia kurang sihat...


Gambar kenangan - keluarga lengkap kami, ada Ayah, Emak,, saya sendiri..dan 6 adik beradik--kenangan pada malam akad nikah saya pada 16 julai 2004
Ada byk lagi cerita lain..tapi panjang sangat la  kalau nak tulis semua kan...

Oh ya...Arwah Ayah seorang yang sihat, mementingkan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan...Ayah sihat hinggalah 2 bulan sebelum pemergiannya..Ayah disahkan "kanser hati"...sangat mengejut..Ayah jadi koma..dan pada tahap itu, doktor dah tak boleh buat apa-apa..
Ayah sedar dari koma selama 2 minggu sebelum pergi buat selama-lamanya...

satu lagi cerita yang sangat menyentuh hati saya dan akan terpahat di memori sampai bila-bila..bila Emak menceritakan... petang hari sebelum Ayah menghembuskan nafas yang terakhir, Ayah masih sedar, tapi sangat lemah sebab Ayah tak boleh makan - badan Ayah dah tak boleh menerima makanan sejak dia jatuh sakit..Emak sempat bercakap-cakap dengan Arwah Ayah, kata Emak: "sampai hati awak nak tinggalkan saya..”...Ayah jawab pendek dan lemah ....“sedih.tapi terpaksa..”.Air mata saya mengalir laju bila Emak menceritakan detik-detik terakhir Emak dengan Ayah..kekasih hati Emak selama 52 tahun...malahan semasa menaip cerita ini, saya menangis lagi untuk kali yang berapa ribu saya pun tak pasti..Ayah nazak dan menghembuskan nafas terakhir pada malam itu (15 jun 2009), di pangkuan Emak, abang saya dan adik bongsu lelaki saya.

Saya sendiri, adik lelaki yang seorang lagi dan adik perempuan saya tidak sempat berada di sisi Arwah Ayah semasa nafas terakhir Ayah..kami semua dalam perjalanan dari KL ke kampung (Kota Bharu, Kelantan)..sampai ke saat ini, saya masih merasakan peristiwa ni baru semalam berlaku...

Emak, saya dan adik-beradik saya sangat sukar menerima realiti kehilangan seseorang yang kami panggil Ayah..terasa seolah-olah semuanya satu mimpi ngeri...benar, Arwah Ayah seorang yang garang, tapi sangat rapat dengan anak-anak..tempat kami semua berbincang, membaut keputusan, berkongsi masalah...kehilangan Ayah dari hidup kami seolah-olah kami kehilangan dahan tempat bergantung...

Cinta sejati Ayah terhadap Emak dan anak-anak sangat jelas--melalui cara Ayah membina kareer dan perancangan masa depan..Ayah bermula dari 'sifar' sebab Ayah datang dari keluarga miskin tegar..tak de harta langsung..masa muda, Ayah bekerja sebagai askar British di Singapura..kemudian Ayah balik bekerja di Malaysia dengan MTC (Msian Tobacco Company), ..Ayah kemudiannya mengambil skim VSS (voluntary separation scheme), Ayah terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi..Ayah sangat-sangat menghargai nilai setiap sen yang diperolehi, lebih-lebih lagi semasa bekerja sebagai pemandu teksi, dengan pendapatan yang tidak menentu..kepenatan..betapa saya sangat-sangat.kesian melihat Ayah balik dalam keadaan penat walhal pendapatannya tidak seberapa..tapi Ayah tak nak duduk diam tanpa melakukan apa-apa pekerjaan..
Hasilnya, semua anak Ayah tidak merasa kesusahan yang Ayah rasa semasa Ayah kecik..Emak ada bercerita bahawa Ayah pernah tak cukup makan masa kecil, dan dihina sebab anak yatim dan tiada harta...jadi Ayah bekerja keras untuk menjamim semua anak Ayah hidup senang, dapat kerja bagus-bagus dan dihormati..sebab Ayah tahu bagaimana rasanya kalau miskin dan dihina...

Hasil kerja kuat, usaha Ayah semasa muda dan sepanjang hayatnya, Emak sekarang mewarisi harta yang cukup untuk hidup dengan selesa, juga harta peninggalan Ayah cukup untuk semua 7orang anak Ayah..sebab Ayah tak mau Emak hidup susah bila dia dah tak ada nanti..dan cinta sejati Ayah terhadap anak-anak--memberikan pendidikan yang cukup, bekalan agama...memang semua anak Ayah termasuk saya mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan..cukup pengetahuan agama...
..hakikatnyer cinta sejati itu adalah dirasai oleh kedua-dua belah pihak (mutual love)...kami sangat-sangat merindui dan merasai kehilangan Ayah...bila mana kerinduan rasa seakan tak tertahan sangat..kami semua kini cuma dpt menyedekahkan bacaan al-quran untuk Ayah agar dia bahagia di alam sana..itulah sahaja yang mampu kami lakukan...adik perempuan saya kini menemani Emak yang tinggal bersendirian di kampung..Emak tidak mahu meninggalkan rumah di kampung sebab kata Emak, rumah tu hasil usaha Ayah...untuk Emak dan anak-anak Ayah...

ni gambar padahari raya 2008, ni gambar terakhir kami sekeluarga --sempurna --ada Ayah, Emak, anak2, cucu2..

jadi benar dan ternbuktilah...cinta sejati sampai hujung nyawa......hanya maut yang memisahkan cinta sejati antara Emak dan Ayah..antara Ayah dan anak-anak... betapa kami teramat merinduimu Ayah. Kita pasti akan berjumpa dan berkumpul sebagai satu keluarga yang lengkap lagi satu hari nanti..di alam sana yang pasti dan abadi..



Al-Fatihah utk arwah Haji Ismail bin Awang Besar..


3 comments:

Gieyana said...

Alfatihah utk arwah ayah yer...sedeyy bc entry nie...

Ijah EmoTemo said...

al fatihah buat arwah ayah sis.
seriyes sedih baca cherita sis. :(

Suarapeople Dot Com said...

done

 
Updated by SyamilaMohd