Bergelar isteri pada usia yang sangat muda iaitu 15 tahun, ibu saya, Hajjah Karimah Yusof ,dikurniakan cahaya mata pertama ketika usianya baru mencecah 18 tahun. Walaupun hanya berbekalkan pendidikan setakat darjah enam di sekolah Melayu, ditambahi lagi dalam usia yang begitu muda, ibu bijak menyusun, menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak di samping sokongan suami tercinta.
Ibu dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, pemergian ibu kandung ke rahmatullah ketika ibu baru berusia 10 tahun adalah salah satu penyebab pihak keluarga mengambil keputusan untuk mengahwinkan ibu dengan pilihan kelurga, Haji Ismail Awang Besar. Bahtera rumahtangga Ibu & arwah Ayah telah diserikan dengan kehadiran 7 orang cahaya mata pengikat kasih dan 14 orang cucu pengerat cinta. Ibu adalah ‘role model’ untuk ketujuh-tujuh anak ibu - tiada bandingannya sepanjang zaman, kerana ibu adalah tukang masak yang hebat, tukang jahit yang berbakat, ‘hair dresser’ rasmi untuk anak-anak perempuannya, teman baik merangkap pakar motivasi untuk semua anaknya.
Ibu menyusukan sepenuhnya ketujuh-tujuh orang anaknya dengan susu badan sehingga kami semua berusia 2 tahun malah ibu tidak pernah segan menyuapkan nasi ke mulut anak-anaknya walaupun kami semua sudah mula bersekolah di sekolah rendah, semata-mata untuk memberi berkat daripada air tangan ibu. Ibu sangat menitikberatkan keseimbangan pembelajaran duniawi dan ukhrawi. Ibu yang mempunyai suara dan bakat sebagai seorang qari’ah yang hebat telah mengajar sehingga khatam ketujuh-tujuh orang anaknya mengaji al-Quran. Walaupun semua anak telah berumah tangga, ibu tetap teman paling rapat kami kerana kami semua tanpa ragu-ragu pasti berkongsi apa-apa jua masalah dan segala rahsia dengan ibu.
Kini semua anak ibu cemerlang dalam hidup dengan kerjaya yang membanggakan. Lima daripada tujuh orang anak ibu kini bergelar Doktor (2 orang doktor perubatan, seorang doktor gigi, dua orang doktor falsafah).
- Anak sulung, doktor pakar perubatan di Hospital Besar Kuala Terengganu,
- Anak kedua, seorang doktor gigi yang kini mempunyai dua buah klinik gigi persendirian di bandar Kota Bharu,
- Anak ketiga, seorang guru lulusan ijazah bidang pendidikan,
- Anak keempat, (owh, sayalh tu), seorang doktor falsafah lulusan Universiti of Nottingham, United Kingdom- kini menjawat jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
- Anak kelima, seorang doktor falsafah lulusan Universiti of Adelaida, Australia – bakal bertugas sebagai pensyarah sains akuatik di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang,
- Anak keenam, seorang jurutera petroleum di PETRONAS - lulusan Universiti of Texas, USA,
- Anak bongsu, seorang doktor perubatan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.
Antara kenangan paling indah yang kami semua banggakan ialah Ibu telah mendapat tempat kedua semasa Anugerah Penghargaan buat Ibu Karangkraf Tahun 2007 (saya yang beria-ia mencalonkan Ibu). Majlis yang meriah itu dihadiri oleh kami sekeluarga sebagai meraikan hari teristimewa utntuk Ibu (kami siap pakai warna merah satu famili sebab merah adalah warna kegemaran Ibu). The best part, hadiahnya yg dimenangi agak banyak dan kami semua sama-sama share – tp cash of course utk Ibulah ;p
Ibu selalu meluahkan perasaan syukur dan bangganya dengan saya, selaku salah seorang anak perempuan yang paling rapat dengan ibu, bahawa kami semua telah memenuhi, mencapai impian dan aspirasinya, kerana ibu tidak berpeluang belajar dan mempunyai kareer yang hebat macam kami. Yang pastinya, ibu tetap hebat di mata saya kerana saya tidak mungkin dapat menjadi seorang wanita sehebat ibu dalam mendidik anak-anak. Saya ingin sekali membahagiakan ibu dengan menyampaikan hasrat ibu dan arwah ayah (ayah meninggal dunia pada 15 Jun 2009) untuk menunaikan umrah kali terakhir sebelum ibu menutup mata . Saya selalu berdoa agar dapat menunaikan hasrat hati ibu dalam jangkamasa yang terdekat. Dalah mati saya, saya tidak pernah melupakan kata-kata keramat ibu: “Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu melainkan melihat kebahagiaan anak-anaknya”.
Kini, telah hampir 2 tahun Ayah pergi buat selama-selamanya, ibu terus tabah menjalani kehidupan seharian. Saya sangat tahu, ibu sangat sunyi, kehadiran anak-anak dan cucu-cucu yang selalu melawat ibu di kampung walaupun tidak mungkin dapat mengganti arwah Ayah, namun kami harapkan dapat sedikit sebanyak mengubati lara hati ibu. Betapa kami semua sangat mengagumi dan menghargai segala pengorbanan dan kejayaan ibu mendidik kami semua, walaupun ibu hanya seorang surirumah yang berpendidikan darjah enam sekolah rendah melayu zaman dahulu.
Ibu adalah ratu hati saya, di dunia juga di akhirat! Terima kasih ibu!
jom layan some pics & video kenangan terindah saya & ibu...
♥event ni berlangsung masa my late dad masih hidup...my dad bangga sgt dgn my mom, sampai suruh me calonkan my mom utk anugerah ibu mithali :p -- pic kenangan yg tak mungkin berulang kembali..
♥tukang bagi /penyampai anugerah is cik puan julita aisyah...dpt tgk her live...she's simply gorgeous ayu jelita soft-spoken...siap cium my mom lagi masa pakaikan selendang slps announce as 2nd prize winner tu
♥of course the best part is hadiah kan...lumayan actually kalau total up semua hadiah...like money in form of amanah samah (we cash out later), south sea pearl, voucher percutian kat pangkor, voucher spa, hamper Avon, hamper AOWA, hamper mknan apa ntah..lupa plak, bouquet of flowers, plaque, cert and selendang eksklusif...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
the above entry is meant forcontest - SELAMAT HARI IBU DARI JOEGRIMJOW
to join, click HERE!
Tempoh :
Peringkat pertamaBermula 0001 1 MEI 2011 hinggalah 2359 31 MEI 2011
Peringkat kedua0001 1 JUN 2011 hingga 2359 10 JUNE 2011
Cara :
1) Buat 1 entry berdasarkan tema 'Selamat hari ibu'2) Dalam entry, pastikan ada link blog ni dan juga sponsor iaitu Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com3) Dah siap tulis entry, isi borang kat bawah ni dan tekan submit. Senarai peserta akan diupdate di tepi sidebar. takde nama sila bagitau4) Pemenang akan diumumkan pada setelah tamat pertandingan
Pemilihan pemenang :
Peringkat pertama1) 7 Entry terbaik akan menang RM 50 (Hakim adalah mak aku sendiri, hahaha)
Peringkat kedua2) Daripada 7 pemenang tadi, gunakan RM 50 yang dapat untuk meraikan ibu anda. Buat 1 entry bagaimana korang meraikan ibu korang dengan duit yang diberi3) Entry yang terbaik akan menang RM 150 lagi.
Petua tangga kejayaan :
Nak buat entry apa-apa pun tak kisah, yang penting kena dengan tema iaitu 'selamat hari ibu'Entry berbentuk, humor, fakta, karangan, presentation - tak kisah pun, semua boleh!TAKDE IBU, dah meninggal.... gunalah kreativiti sendiri. ibu mertua pun boleh kalau taknak ibu angkatTiada diskriminasi jentina
Siapa boleh join?
Blogger yang mempunyai blogBukan blogger nak join boleh hantar penyertaan kepada joegrimjow@gmail.comYang dah menang contest sebelum ni pun boleh join
Kenapa contest ini dibuat :
Hadiah yang dimenangi boleh beli hadiah untuk ibu korang. Takde duit, haa, masa nilah nak bagi duit niNak rapatkan hubungan antara korang dengan mak korang - yang penting mak korang akan kenal 'joegrimjow' wahahaha
1 comments:
thx u
keputusan pukul 12 nanti hari ni ya
jangan lupa tengok2 =)
Post a Comment