Salam & welcome everyone

This blog is the expression of my passion in blog comping (contests, giveaways, lucky draws) esp in year 2010 and early 2011 when I was abroad/on study leave.

Currently, due to time constraint, this blog is somehow dormant as I'm now diverting my enthusiastic & obsession towards offline contests :)

Kindly visit my other blog :
Miles of Smiles .

and do feel free to email me at:
suzie284@yahoo.com

Thanks!

Pages

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Friday, 3 August 2012

Kenangan Indah Berhari Raya Bersama Yumie Lufya

..
KENANGAN adalah memori, memori adalah nostalgia.
INDAH tu apa yer...INDAH adalah yg manis-manis, yang terpahat utuh dlm ingatan sanubari..

dh 10 bulan pun blog contest ni 'dormant', tiba2 tghari 15 ramadhan ni, ternampak posting my BFFs ie ayu rafikah & mira--psl entry kenangan terindah berhari raya bersama Yumie Lufya..

semua org ada kenangan indah masing2 kan..cuma ekspresi  berbeza..

bagi me, kenangan indah adalah raya tahun 2008 dan tahun2 sebelumnya..indahnya raya bersama kedua ayahanda dan bonda selama  32 tahun saya bergelar 'anak' kepada Hj Ismail Awang Besar dan Hajjah Karimah Yusof...dan setiap tahun dari 1977 hinggalah 2008, saya rasa sangat sempurna, dapat mencium tangan kedua-keduanya di pagi raya...betapa saya selalu mengatakan sayalah orang yang paling bertuah di dunia kerana mempunyai kedua ibu bapa yg sgt menyayangi saya (saya juga sgt sempurna kerana saya juga mempunyai kakak, abg, adik perempuan, adik lelaki--sempurna bukan?)

tapi kenangan indah hari raya saya berakhir pada hari raya tahun 2008, kerana pada tahun 2009, saya sudah kehilangan satu-satunya lelaki teragung dalam hidup saya (pastinya suami saya juga saya kagumi tapi saya baru 8 tahun hidup bersamanya)..

setiap tahun kami sekeluarga meneruskan tradisi bergambar beramai2..dan arwah ayah sgt sporting bab2 bergambar esp bila jenuh nak kumpul semua org utk bergambar beramai2 ni, belek punya belek, rupanya sangatlah sedikit gambar saya dan arwah ayah yg mana kami posing berdua di hari raya--betapa saya menyesal tidak merakamkan saat2 manis sebanyak mungkin dari lensa camera, tapi ia tetap abadi di kotak minda saya, bahkan sentiasa bermain2 dan berputar2 kembali segala kenangan di saat2 terakhir arwah ayah sakit, koma dan pergi buat selama-lamanya kerana saya baru habis pantang semasa ayah dijemput Ilahi..

inilah gambar kenangan saya yang TERINDAH berhari raya bersama lelaki yang akan saya kasihi sepenuh hati saya hingga nafas saya yang terakhir di dunia ini...ramai org kata rupa saya sgt seiras dgn ayah, dan saya mewarisi kulit sawo matang gelap dan kebijakan ayah dlm bidang akademik

ni satu2nya pic kenangan terindah saya dan arwah ayah posing berdua semasa pagi hari raya thn 2006--kebetulan pula baju raya kami sedondon..INDAH bukan...

kenangan tetap kenangan dan ia tetap INDAH sampai bila2....hanya yg merasai akan memahami apa erti INDAH dan juga apa erti kehilangan dan perpisahan abadi..
utk arwah ayah di alam sana...sesungguhnya Allah amat sayang dan kasih kan ayah...semoga ayah ditempatkan dan berbahagia di tmn syurga....anakmu ini redha dgn pemergian mu wpun air mata sentiasa menjadi teman setia di saat rindu memuncak tak tertanggung... hanya setulus doa mampu diutus, moga Allah sentiasa merahmati ayah..dan melipat ganda kan pahala ibadat dan kebajikan ayah...dan semuga alam kubur ayah adalah seindah taman2 di syurga nan abadi..maaf kan anakmu atas segala khilaf kerana anakmu itu sgt byk kelemahan...tunggukan anakmu ini di alam sana kerana kita pasti disatukan jua di sana bila tiba masa dan ketentuanNya...al fatihah."

ni pic pusara arwah ayah

entry di atas dedikasi istimewa utk teman comper yg baru saya kenali yg sungguh baik budi (pujian ikhlas setulus hati)
terima kasih kerana menganjurkan contest yg indah dgn hadiah yg cukup indah, yg membolehkan saya menyingkap sekejap kenangan terindah hari raya saya bersama insan yg saya sayangi...

note to yumie: mcm tak sempat nak tag sbb dh last minit join and dh lost contact/track dgn kwn2 yg aktif blog contest...


 

Friday, 9 September 2011

CONTEST BABY CUTE WITH BAJU MELAYU/KURUNG



cik puan hady tag me utk join contest ni...alang2 da pic ariff pakai bj melayu, so me join ajerlah 

ni picnya

nama baby : Ahmad Ariff Shah
umur : 2 tahun
nama ibu : suzi @mama zharfan

tag:


Thursday, 28 July 2011

Contest Kisah Aku & Tupperware

me joining the above contest, due 31 july

to join, click HERE!

~here is my CERPEN...~


ada apa dengan Tupperware? apa kaitan dgn me? yepp...me membesar dengan Tupperware--of courselah bukan makan, tapi diajar menggunakan Tupperware sejak kecik2 lagi--sebabnya, my mom and my kakak adalah peminat tegar Tupperware :) :) dua2 orang kesayangan me ni, memang pembeli setia Tupperware--me masih ingat lagi, masa me kecik2 kat tadika and masa me kat bangku sek rendah, me selalu ikut my mom pegi 'party' Tupperware--kat kampung2 memang famous tau party Tupperware ni--bkn party sembarangan--kat party ni boleh belek2 koleksi terbaru and then boleh order2 and boleh beli Tupperware!!! bayar secara ansuran pun boleh tu!!

so bila me dh besar panjang, dah kawin and dah ada anak sendiri, setiap kali me guna Tupperware,otomatik akan terimbas kembali segala nostalgia party Tupperware yang terpahat kukuh di memori sbg kenangan manis me bersama2 org tersayang -- for me, Tupperware is a signage of love :)

ni pic me posing dgn koleksi my Tupperware--sgt comel, kalerful, and the BESH part---ni koleksi yg me double sayang sbb semua hasil me menang contest and giveaways!!



actually me susun Tupperware tu to form the letter..I Love T (Tupperware!)


kenapa me suka sgt dgn brand Tupperware ni yer?
“Saya suka brand Tupperware kerana…
kualitinya seiring dengan gaya, jenama terkemuka dulu kini dan selamanya, rekaan mempesona hati teruja!”


Trustworthy, Unique, Perfect storage, Pleasurable, Eye-catching, Reliable, Wonderful, All-time-my-favourite, Reasonably priced, Excellent!”

tahap kesukaan/obsesi me dgn Tuppeware---haaa, ni kisah benar yer......masa me pegi UK thn dec 2009-apr 2011--me siap bwk Tuppeware dari Malaysia tau..gigih me packing isi dlm my luggage :) sbb me sgt suka +yakin dgn kualiti Tupperware ni, and pada mata me--Tupperware punya design unik & sgt cantik!!...and me sgtlah gumbira setiap kali menyediakan bekal utk Mr Hubby pegi keje--kat UK mana nak mkn nasi kalau tak bwk bekal kan..so sgtlah berbaloi2 me bwk Tupperware all the way from Malaysia tu..


ni 4 biji Tupperware yg me bwk ke UK--all the way dari Msia (citer penuh ada kat entry INI dan INI )






sekian cerpen pendek me--me tulis ikhlas dari hati--segalanya benar--tiada yang tidak benar melainkan benar belaka :)




“Saya mahu menang contest  untuk memenangi Hadiah Utama Hamper Tupperware Bernilai RM300"

























GRAND PRIZE












2nd PRIZE







3rd PRIZE (1 UNIT)





Thursday, 30 June 2011

[ Contest #2] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

KATEGORI
3 ) Gambar Ketika Melancong
 
ni pic main snow kat Nottingham, UK
 
ni pic masa musim bunga kat nottingham, UK


ni masa kat eiffel tower, paris, France

ni kat ladang apple, Nottingham, UK





[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

Kategori:
1 ) Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga

ni pic me & family--masa bergolek2 photoshoot kat taman putra jaya





Thursday, 23 June 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST

me joining the above contest, due 1 july

to join, click on the link below:

here is my pic entry:

"Senyuman saya paling ceria sebab....
  tika dan saat itu, saya sedang menikmati musim bunga dengan penuh teruja bersama 'sunshine' kecik yg saya dukung kat atas belakang saya tu.."

saya tag:
deqlis
cik puan hady
ibu damia aleesya


Wednesday, 22 June 2011

Attack The Block Movie Contest by Deqlis


1. Bilakah Filem"Attack The Block" akan ditayangkan di pawagam?

23 june 2011

Saya suka menonton wayang kerana......(tidak lebih 20 patah perkataan)
itulah waktu berlibur bersama yang terchenta
siapa lagi kalau bukan suami dan zuriat kami berdua
keterujaan filem terkini dikongsi bersama!

me tag:
ifa
miza
cik puan hady
azatie
bambam

Tuesday, 21 June 2011

"I Loike It!" Giveaway Contest.


BannerFans.com 
 
click on the banner to join

due date : 24 june

here is my pic entry


yesza!! i loike it!!--duck feeding --fun time with my 2 boys--kat tasik univ of nottingham, UK, berlatarbelakangkan sakura pink berkembang mekar pada musim bunga (april 2011)...keterujaan tahap maksima!

me tag:
nana
cute mum
deqlis


Kenangan Pahitku Contest


click banner to join

due date : 30 june

kenanngan pahit me ialah...
me pernah jadi mangsa ragut--yepp, oleh penunggang motosikal...
wpun kejadian tu dh lama gak berlaku (sekitar thn 2002 or 2003), tp sampai sekarang masih segar bugar jelas dlm ingatan dan kotak fikiran me ni--and even slps hampir 8 thn pun, me masih trauma+fobia...--mujur umur me masih panjang, kalau tak, maunya me dh jd arwah dlm kejadian tu...



masa tu, me ingat lg bln puasa, me baru turun dari bas metro (me berulang pegi tempat keje dari Gombak ke KL naik bas metro--time tu me bujang and belum beli keta)...then sebaik jer turun dari bas, me pun berjln kaki utk balik ke umah sewa me..me berjln menyusuri jln raya (jln besar--jln gombak tu)..suasana agak lengang dan sunyi sbb kebykan manusia tgh dok bersiap2 nak bukak puasa --pukul 7 mlm time kejadian ni berlaku..then me dgr bunyi motor kat belakang me-e plak berjln terus jer, tak syak apa (sungguh naive ) and..

...tiba2 jer terasa beg tgn me diragut--yepp, oleh penunggang motosikal, me plak otomatik jd fight back ie berkeras dok pegang gak hand bag me tu...me jd terseret sampai beberapa ratus meter, and then me lepaskan beg me--me cereda ie luka2 and terjauth atas jln--time tu jln lengang, so tak de keta or lori lalu--kalau tak, memang me  dh tak de kat dunia ni lah..

me bangun cepat2, motor tu terus blah dgn handbag me, me berjln ie lari cepat2 terus ke umah sewa me, me nangis2 bila sampai umah, nasib baik ada my housemate kat umah--bagi pinjam coins utk me call my family and call semua bank utk freeze my atm card+credit card

me memang calar2+luka2 kat tgn, siku, kaki +lutut-- perit, trauma bila ingat balik
kejadian tu berlaku terlalu pantas and me tak sempat nak tgk no plat motor ke apa kan, tp me pasti dua org budak lelaki mat rempit yg naik motor tu...

lps kejadian tu, me sgt FOBIA tiap kali dgr bunyi motor esp kalau me tgh berjln kaki kat mana2 pun--me akan berhenti, tgk belakang, and then biar motor tu lalu , baru me berani sambung berjln--tak dpt me gambarkan dgn kata2 betapa me FOBIA sgt2...

kdg2 terlintas kat fikiran me, kalaulah me ada kuasa utk haramkan penggunaan motosikal kat Msia ni--mesti kurang kes jenayah ragut, kes rempit, kes accident--sbb me dh mengalami sendiri hidup kat negara UK di mana tak de motor yer kat UK (ada ler sebuah dua, jrg2 sgt pun)..so kat UK tak de jenayah ragut, less accident pun and tak de isu mat rempit..


sekian citer kenangan pahit me--sebenarnya me tak suka nak ingat balik sbb kejadian tu sgt pahit utk diingat semula, and me hampir2 terkorban sbb jd mangsa ragut tu...tp sbb nak join contest ni, so me beria tulis and ingat balik tragedi ngeri lagi tu..hanya mereka yg pernah jd mangsa akan tau betapa pahit nya kejadian gini..

~the end~

me tag:
nana
cute mum
deqlis
miza
ifa

Sunday, 19 June 2011

Contest "mama cun camwhore bersama baby cute!"

me joining the above contest

to join, click on the banner!

here are my pics entry



nama mommy : Suzi @ Mama Zharfan
nama baby : Ahmad Ariff Shah
Age : 2 years old
email : suzie284@yahoo.com


Saturday, 18 June 2011

MomBloggersPlanet Cutest Baby of the Planet – June 2011

to join, click banner!

here is my pic entry..


Baby's name : Ahmad Ariff Shah
DOB : 15/4/2009

This month’s Cutest Baby of the Planet Contest is proudly sponsored by:



 
Updated by SyamilaMohd